Untuk Posting Terkini Sila 'Scroll' Ke Bawah

Ingin Menyambung Diploma di Kolej Islam Unik, Daftar di sini

Kolej Dar Al Hikmah menawarkan : Diploma Psikologi, Diploma Kaunseling, Diploma Syariah, Diploma Usuluddin, Diploma Perakaunan, Diploma Muamalat, Sijil Pra Sekolah, Pertanyaan & Memohon klik http://www.hikmah.edu.my/test/e-mohon.php HUBUNGI 013-268 8283 (Pn.SaLeHa)

29 Disember 2010

Faham dan Maafkan

Salam semua

Apa khabar kepada semua pengunjung blog ini. Semoga anda semua berada dalam Inayah Allah...tetapi dengan syarat anda semua sentiasa mengingati Allah dan mengerjakan perintah dan tinggal apa yang dilarang. Memanglah Allah itu Rahman dan Rahim melimpahkan segala keberkatan dan kerahmatanNYA kepada kita manusia tanpa mengira kita agama apa atau bangsa Allah. Bukankah Allah telah menciptakan kita semua.

Semalam dan kelmarin, Alhamdulillah telah selesai Retreat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson selama 2 hari satu malam. Harap kawan2 sekerja di KDH bakal menyelusuri diari baru dalam tahun 1432 dan 2011 bakal tiba ini. Tahun demi tahun akan tiba dan kita akan hidup sebagai sejarah. Jadi perlu kita sentiasa fikir untuk tingkatkan diri demi menjadi insan yang berkualiti.

Alhamdulillah, dapat juga bawa anak2 bercuti dan saudara (anak buah dan sepupu).

Semalam setelah habis retreat kami terus ke Melaka, ingat nak singgah makan tengahari di tepi jalan. Tapi tak sempat atau bila nak berhenti Parking tak strategik, bila nak berhenti, makanannya dah habis. Akibatnya semua kelaparan sambil kami agak2 akan sampai di Zoo Melaka jam 4 petang tapi macamna boleh sesat sampai di sana jam 5.30....

Zoo yang akan ditutup jam 6 petang .....kami masuk juga sebab pak jaga kata akan bagi kami masuk sampai 6.30....hemm bolehlah, siap dapat diskaun lagi masuk..sepatutnya bayar RM50 kami hanya bayar RM28 sahaja. Hahaha...ada hikmah juga sesat, bagaimana caranya ,,,,adalah...Rapport mesti bagus....(terima kasih suamiku).

Terima kasih pada suami yang banyak berkorban, masa, wang ringgit , tenaga dan segalanya demi menjaga anak2 dan membantu seadanya (walau pun ada yang tak betul, mungkin biasalah .....itukan tugas isteri , dan suami bukan ahlinya...suami dah membantu itu dah cukup baik, suami isteri kan lengkap melengkapi).

Semalam suami bertanya kepada semua yang di dalam kereta, sebutkan 3 yang best dan 3 yang tidak best.

Anak2 sebut yang paling Best:

1. Mandi kolam (mereka tinggal di Tiara Beach Resort)

2. Main Pantai (semasa tunggu saya di Hotel Seri Malaysia yang mengadap laut)

3. Pergi zoo








Paling tak Best:
1. Tak makan
2. Penat
3. .....(saya tak ingat).....

Jawapan saya pula:
1. Dapat tunai janji dengan anak2
2. Dapat bawa anak jalan2
3. Dapat happykan anak
4. Suami banyak membantu.......hahahaha...saya empat jawapan

Yang tak Best:
Banyak betul saya sebut....hihihihi.....

Oklah itu saja. Oh yer, nak tahu akhirnya kami makan di mana...hahahaha.....konon nak ke Ikan Bakar Mumbai Melaka akhirnya kami ternampak Ikan Bakar juga " D'Kenali Ikan Bakar" nuh...di depan Kilang Sony Bandar Baru Bangi...ahahahaha...terima kasih Tuhan dapat juga lah.....
Ps: Sambil2 ingat pada penderitaan umat Islam juga ...terima kasih Tuhan atas segala ni'mat kebahagiaan.
PS: Kadang2 bila fikir yang sesuatu perkara kita perlu duduk tempat lain melihat sisi alam Tuhan yang lain untuk kita menyahut firman Allah : "Afala tatafakkarun"

24 Disember 2010

Statistik-Modular Julai 2010

SELAMAT MENJAWAB dan
SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA PELAJAR

Untuk kertas peperiksaan nanti jangan lupa bawa KALKULATOR....sangat pentinggg
Terdapat 3 bahagian:
Bahagian A
Pelajar akan diberi 10 soalan yang mengandungi pelbagai situasi dan pelajar perlu tahu samada situasi tersebut perlu gunakan histogram, peratus, ujian T sampel padanan, anova dan sebagainya.
Pelajar perlu tahu fungsi dan konsep semua jenis statistik


Bahagian B
Pelajar perlu tahu pengiraan deskriptif. Semua masuk .....histogram dan ogif juga sangat penting. Soalan sama saja seperti kuiz2 sebelum ni. Tapi lebih mudah dan senang. Hampir tak percaya senangnya. Hihihi (Jangan stress...rileks dan santai saja)


Bahagian C
Pelajar perlu tahu kira ujian khi kuasa dua (kebagusan / kebebasan)
juga perlu tahu kira darjah kebebasan untuk anova.


Itu saja , sekian....saya doakan semua lulus dengan cemerlang dan jangan ada yang repeat paper pula lagi....Amin....

Metodologi Penyelidikan-Modular Julai 2010

Selamat Menjawab Dalam Peperiksaan


Semoga semuanya dikurniakan kemudahan dan kesenangan dalam menjawab soalan peperiksaan ini.


Kertas Peperiksaan ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian A, B dan C.


Bahagian A =
20 soalan BENAR / SALAH .

Bahagian B =
2 soalan jawab SEMUA.

Perkara yang perlu di baca:
-hipotesis
-kajian eksperimental dan bukan eksperimental (tinjauan, lapangan, kes, sejarah)
-persampelan bukan kebarangkalian
-kajian kes
-limitasi kajian

Bahagian C=
2 soalan jawab SEMUA
Soalan kajian kes seperti di dalam ujian pertengahan semester.

Perlu tahu:
-soalan terbuka dan tertutup.
-rujuk kembali ujian pertengahan semester sebelum ini.
Itu saja...harap dapat hantar proposal CEPAT sikit....Sebelum 14 Januari lah ....siapa hantar cepat bagi markah BONUS......sebab mudahkan tugasan pensyarah.
Sekian,
Harap semua dapat jawab dengan baik.

23 Disember 2010

Perancangan Baru

Salam semua,
Tak lama lagi kita akan melangkah ke tahun 2011...
Siapa yang lahir 1-1-2011 mesti cantik nombor ni kan?
Apapun, dah siap ke goal book untuk tahun depan.....(maaf, sebab tak dapat lagi nak berkongsi goal book saya untuk tahun depan)
Tapi saya tahu, tahun depan saya akan berwajah baru dan berminda baru.....mendapatkan bekalan akhirat....semoga Tuhan tidak menduga saya dengan perkara yang berat seperti tahun 2007 atau yang seversi dengannya.
Doakan kami dan semoga anda semua juga berjaya.
Di sini saya kongsikan tips dari Irfan Khairi:
Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya- sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan!

ada berbagai2 kategori matlamat iaitu keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dlm 1 kategori sahaja- iaitu kewangan! Tahun 2011, pastikan anda punyai matlamat dlm setiap kategori di atas ;)

SEMUA orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal'- saya pun ada ;). apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga

fikir kan waktu2 yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. always letakkan fikiran kita "in the zone"!

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. nak berdaya, memang susah. tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. orang yang tak berjaya akan pilih yang mudah. so, kita pilih yang susah ok?

22 Disember 2010

Keputusan muktamad

"You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah you`ll find your way
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,"

Semua orang di dunia ni mungkin dah hafal lirik lagu InsyaAllah Maher Zain kan?
Pagi tadi masuk kereta baca doa, baca selawat, gerak kereta , dengar lagu Maher Zain ni.

Dan tiba-tiba rasa lagu ni inspiring untuk buat keputusan besar dalam hidup kita.
Keputusan memang susah dibuat sebab kita tak tahu natijahnya apa.

Tapi keputusan itu adalah untuk mendewasakan diri, mencari ilmu dan pencerahan yang bersinar.

Moga Allah tidak tinggalkan saya sendirian dan sentiasa bersama saya.

Wallahua'lam

18 Disember 2010

Mandikan Anak2 Staf kolej

Baby kembar..Bestnya....selalu kita dengar orang cakap macam tu...

Fh, bukan baby saya kembar...saya dah ada empat kembar...hehehe
Semalam hari Jumaat baru saya ada kesempatan untuk ziarah Ustazah Khalidah , pensyarah Usuludin di Kolej saya.

Tahniah pada beliau dan suami kerana dapat baby kembar lelaki seiras...2.7 kg dan 2.3kg....moga menjadi anak yang soleh.

Tak sempat ajak kawan2 lain, saya hanya membawa diri sendiri ke rumah ustazah yang sebelah kolej sahaja. Sampai di sana, terus bagi salam dan masuk...semasa tu mak mertua ustazah sedang lap2kan dan siapkan baby yang tak tahu adik ke abang...ha, adiknya.....

Maka , saya pun hulurkan bantuan, maknya kata yang baby soran tu abangnya tak disiapkan lagi...oh yer ker, maksudnya belum mandi...saya kata mana air panas dan besen saya mandikan. Mak dia kata tak yah mandikan kecik lagi...saya kata....(buat dialog senang sikit)

Saya: Baby ni tak mandi lagi dari lahir ker? Nurse tak mandikan lagi ker?
Mak & Ustazah: Belummm
Saya: Ha, napa tak mandi?
Mereka: Sebab kecik lagi...
Saya: Eh, mana boleh, kesian mereka...mehlah saya mandikan.....
Lepas tu, mandikan yang si abang, nenek kata mandikan juga la yang sornag ni...ha, ini pun tak mandi lagi....

Ok, meh auntie Sal mandikan semua....maka lepas dimandikan, ayahnya balik dari masjid solat Jumaat melihat anaknya bersih dan bersinar damai tidur dibedung dengan kain batik oleh auntie Sal....hehehehe....

Untuk khalidah, ini adalah proses adaptasi ke dunia yang baru, sedangkan kita anak sulung keluar seorang dah pening dan kelam kabut, mana nak tengok diri kita lagi yang tengah sakit lepas tu bertatih tatih jalan untuk tgk anak, dengan badan tak kuat lagi.......semuanya nak kena jaga. Ini dua pening juga nak jaga....
Saya masa bersalin anak sulung , keluar gak air mata

Tapi , saya tahu Lid dan suami orangnya kuat dan tabah....

Berbahgialah dengan rezeki yang indah Tuhan berikan ini.
....................................................
Saya ni boleh jadi tukang mandi baby juga kot, dulu anak ustaz Amin, Rania tu pun auntie yang mandikan.....

................

Harap semuanya berakhlak mulia, beilmu dan penting bertaqwa.....

Aishah Rani Amin Al-Jefri

(masa auntie mandikan dulu dia kecik sangat, dalam gayung pun muat)

Sejahtera ke atas kalian semua.

17 Disember 2010

Tips jaga diri dan keluarga (siri 2)

Ini adalah sambungan bagi topik Tips Jaga Diri dan Keluarga (1)….

Di sini saya merumuskan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibubapa sebagai pendidikan seksual yang bermula di rumah.

1. Memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan.
Kanak-kanak pertengahan usia seperti 7 tahun dan ke atas sebaik2nya di pisahkan tempat tidur mereka.
Jika ada rumah yang kecil hanya ada 1 bilik pastikan buat bilik atau ruang kecil untuk anak lelaki dan perempuan tidur dan tukar pakaian mereka.

Antara sabda nabi yang mengajarkan perkara ini :

"Anak-anak lelaki dan perempuan hendaklah dipisahkan tempat tidur mereka ketika berusia 10 tahun".

” Jika anak-anak kalian telah berusia tujuh tahun maka pisahkanlah tempta tidur mereka”.

Sahabat berkata” Anak berusia tujuh tahun giginya akan tanggal dan diperintahkan untuk solat saat berusia sembilan tahun. Dan dipisahkan tempat tidurnya saat berusia sepuluh tahun”.

Begitu juga apabila ada ibubapa yang tidur bersama anak-anak mereka di dalam satu kamar juga diminta asingkan. Ini amat berbahaya, seperti sabda Nabi Muhammad SAW: ” Demi jiwaku yang ada di tanganNYA, jika seorang lelaki menyentuhi isterinya sementara di dalam bilik terdapat anak kecil yang terbangun dan melihat mereka, mendengar percakapan dan desas desus nafas mereka, anak itu tidak akan selamat selamanya. Jika dia anak lelaki dia akan menjadi penzina jika dia anak perempuan akan menjadi nakal.

Rasulullah amat melarang perbuatan jika ibubapa sedang bersetubuh sementara anak kecil ada di tempat tidur. Semua ini dapat membentuk personaliti anak.

Sama ada kita sedar atau tidak, kerana desakan ekonomi yang tinggi mungkin kita tidak mampu untuk memiliki rumah yang besar mungkin atau sememangnya selalu kalau ada anak yang kecil ibubapa akan tidurkan anak kecil bersama. Maka perhatikanlah hadis tadi dan beradablah dan berhati-hati lah.

2. Dilarang melihat aurat anak kecil atau sebaliknya.
Sekarang di klinik dan hospital kerajaan kalau nak timbang berat bagi bayi yang belum pandai jalan, mesti disuruh buka semua baju dan pampers dengan kata lain berbogel. Kalau di klinik rumah saya, kena buka semua baju dan pampers depan orang ramai pulak tu....saya selalu bergaduh dengan Nurse tak nak buka baju, saya kata anak saya malu, lepas tu nurse menjawab, budak mana tahu malu lagi, takper, dan nanti nurse cakap kalau ketua datang saya kena marah. Pastu saya lawan saya cakap, saya lagi kena marah dengan Nabi dan Allah. Baru mereka senyap dan biarkan saya....entah apa rasional buka semua baju dan pamper, kalau mereka berak pun takkan kita nak timbang dengan berek mereka , tentu kita tukar dahulu. Kalau kencing berapa gram sangat kencing mereka. Tak payah cakap soal realibiti dan validiti...itu mmg subjek saya ajar...

Sabda Nabi:
” Hendaklah orang tua tidak melihat aurat anaknya dan anaknya tidak melihat aurat orang tuanya”.

” Tutupilah kehormatan auratnya. Sesungguhnya kehormatan aurat anak kecil bagaikan kehormatan aurat orang dewasa dan Allah tidak akan melihat para penyingkap aurat .

Semasa mandi, jangan biarkan anak lelaki dan perempuan walau masih kecil mandi berbogel bersama. Jika perlu tutupi kemaluan mereka dengan menyediakan tuala khas untuk mereka tutup semasa mandi.
Semasa pakaikan pampers, jangan biarkan anak bertelanjang bulat, tutup kemaluan mereka dengan kain semasa memakaikan pampers. Begitu juga selepas mandi , siapkan tuala selepas mandi terus tutup jangan bagi mereka bertelanjang di hadapan orang.

3. Batasan mencium anak laki-laki dan perempuan.

Rasulullah bersabda: ”Jika anak perempuan telah berusia enam tahun, jangan kalian (ayah-ayah) menciumnya. Dan wanita dilarang mencium anak laki-laki jika telah berusia tujuh tahun”.

Di dalam beberapa kisah auliya juga dinyatakan:
Muhammad bin Ibrahim (gabenor mekah ketika itu) memiliki seorang putri kecil yang memakai pakaian yang cantik. Kadang-kadang ada tetamu lelaki yang datang ke rumah dan beliau mendokong anak tersebut. Ketika wali ini datang, kanak-kanak ini minta didokong tetapi beliau menolak dengan baik dan berkata ” Jika anak perempuan telah berusia enam tahun, tidak boleh seorang lelaki yang bukan muhrimnya mencium dan mendokongnya”.


4. Minta izin

(٥٧) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِيَسۡتَـٔۡذِنكُمُ ٱلَّذِينَ مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ وَٱلَّذِينَ لَمۡ يَبۡلُغُواْ ٱلۡحُلُمَ مِنكُمۡ ثَلَـٰثَ مَرَّٲتٍ۬‌ۚ مِّن قَبۡلِ صَلَوٰةِ ٱلۡفَجۡرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُم مِّنَ ٱلظَّهِيرَةِ وَمِنۢ بَعۡدِ صَلَوٰةِ ٱلۡعِشَآءِ‌ۚ ثَلَـٰثُ عَوۡرَٲتٍ۬ لَّكُمۡ‌ۚ لَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ وَلَا عَلَيۡهِمۡ جُنَاحُۢ بَعۡدَهُنَّ‌ۚ طَوَّٲفُونَ عَلَيۡكُم بَعۡضُڪُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬‌ۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ۬ (٥٨) وَإِذَا بَلَغَ ٱلۡأَطۡفَـٰلُ مِنكُمُ ٱلۡحُلُمَ فَلۡيَسۡتَـٔۡذِنُواْ ڪَمَا ٱسۡتَـٔۡذَنَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَڪُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَڪِيمٌ۬ (٥٩)


(57) Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. / (58) Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Tentang adab tersebutTuhan menjelaskan lagi dengan lanjutan Surah tersebut :
(59) Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (60) Tidak ada salahnya bagi orang buta dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki dia berlaku demikian) dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri atau di rumah bapa kamu atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa) atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa) atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya. /

Di sini kita mengajar anak2 kita tentang rasa privasi. Ibu ayah , anak2 semuanya ada privasi masing2. Jika ibu ayah ada di dalam bilik itu adalah privasi bagi mereka, dan kita sama sekali dilarang untuk terus masuk tanpa memberi salam kepada ibubapa. Seperti juga abang dan kakak atau anak2 kita, sebelum masuk bilik anak2 kita harus bagi salam dan meminta izin bagi mereka. Jadi maka harus kita mengajar anak2 kita

Beberapa tips dan ingatan yang saya sertakan , moga kita bersama dapat beramal dengannya demi kemuliaan hidup kita dan generasi kita.


Taqabbalallahuminkum minna waminkum taqabbal ya Karim.

Tips jaga diri dan keluarga (siri 1)

Tulisan ini saya hasilkan adalah kerana kerimasan saya terhadap kepeningan manusia dan sistem yang dibuat oleh manusia dan juga menjawab berpandukan sedikit pengalaman dan ilmu yang saya ada.

Isunya adalah berkaitan dengan artikel berikut di dalam harian metro (skrol di bawah untuk membaca artikel tersebut)

Semalam semasa berbual dengan kawan saya yang anaknya akan masuk darjah satu 2011 menyatakan syukur kerana PPSMI sudah dimansuhkan. Jadi pengajian sains (sekarang: Sains dan Teknologi) dan Matematik dikendalikan di dalam Bahasa Melayu.

Tetapi apa yang tidak puas hati kawan saya adalah subjek Sains darjah 1 ada tajuk reproduksi. Seingat saya, matapelajaran ini saya belajar semasa tingkatan 3.

Saya tidak nafikan bahawa zaman sekarang yang internet berleluasa dan gambar porno hidup bagai cendawan di sini sana menyebabkan anak-anak mudah terdedah dengan perkara tersebut.
Bagi kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke atas mereka belajar melalui pemerhatian dan menggunakan deria. Apa yang mereka belajar mereka perlu lihat dan demonstrasi. Ini adalah kerana mereka mempunyai sistem pemikiran yang konkrit.

Pengajian yang bagus pada peringkat awal ini adalah mengajar kanak-kanak dengan kebaikan dan mengenal Allah. Awal ilmu adalah Mengenal Allah dan mengajar Adab pada anak-anak.
Jelasnya, jika mereka belajar psikologi pendidikan mereka harus menyusun mata pelajaran mengikut tahap perkembangan otak dan fitrah kanak-kanak itu sendiri.

Secara umumnya, pendidikan seksual bermula di rumah juga. Di dalam Quran disebut dalam Surah al-Mukminun (1-7).

Beberapa perkara yang ibubapa perlu mengambil kira demi menjaga kesucian anak perempuan mereka samada sendiri yang bergelumang dosa atau menjadi mangsa :

1. Kanak-kanak perempuan harus diperhatikan dan jangan terlalu rapat dengan lelaki hatta dengan adik beradik atau yang dikira muhram. Jika di dalam kereta contohnya harus diajar anak2 tidak duduk bercampur dengan adik beradik lelaki yang lain. Supaya mereka sedar akan penjagaan diri di mana saja.

2. Ibubapa yang bekerja yang meletak anak di rumah orang perlu melihat persekitaran , maksudnya jika orang yang mengasuh anak mempunyai anak lelaki atau suami di rumah perlu berhati-hati dan berjaga-jaga. Ada kes yang saya pernah berhadapan di mana anak lelaki cuba membuat sesuatu yang tidak baik dengan anak yang berusia 5 tahun.

3. Ibubapa jangan terlalu percaya papda mana-mana lelaki dan meninggalkan anak perempuan mereka seketika bersama orang lelaki.

4. Pastikan ibubapa tahu pasangan anak mereka jika yang ada bercinta monyet. Bagi anak yang tidak di bawah perhatian langsung ibubapa seperti belajar atau bekerja di tempat lain = ~ Bincang dengan pasangan anak dan bagitahu batasan mereka do & dont. ~Sentiasa bacakan anak surah al-Mukminun tadi dan sentiasa berpesan / nasihat anak.

Bagi anak yang sentiasa berada di bawah pemerhatian ibubapa =
~sentiasa baca inbox anak (takut tulis sms yang merangsang nafsu, contoh ayat yang sangat ringan tetapi tetap termasuk dalam zina kecil ” I ska tgk rmbut u yang halus lembut panjang dan cantik”. ”Suka cium pipi u yang gebu ”.....semua message perlu diperhatikan. Digantikan dengan message (yang ada orang kata bosan), ”jgn lupa solat, i nak isteri i jaga solat baru keturunan i baik2”, ” i nk kita berdua bersama2 bercinta kerana Allah, kalau ada benda yang kita buat langgar perintah Allah kita perlu sedar dan bertaubat”
~Kalau anak bergayut pastikan suara mereka tidak mendayu2 gedik dan sebagainya, kerana suara boleh merangsang nafsu lelaki juga. Cakap straight to the point.
~ Keluar berdating berdua adalah HARAM...jika nak jumpa , sila jumpa di rumah. Kalau nak keluar berdua kena bawa mak ayah, atau kakak atau abang sebagai pemerhati. Perhatikan mereka tidak berpegang tangan , bersentuhan , apatah lagi naik motor bersama atau kereta berdua. Tapi pada pendapat saya, kalau jenis budak2 sekarang yang suka keluar hujung minggu ......semua yang saya terang tentu tak syok lah, APA NAK SYOK2 KAHWIN lah.....

-Segala tips yang saya beri di atas adalah berdasarkan kes yang pernah dihadapkan pada saya dan melalui pembacaan di dalam media tentang kes rogol , kes anak luar nikah dan sebagainya.
Semoga kita menjaga institusi keluarga kita dan moga kita tidak termasuk di antara bahan pembakar api NERAKA.

Nauzubillah min zalik.
Kandungan subjek pendidikan seks perlu mudah difahami: IKIM
2010/12/17
KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersetuju dengan pelaksanaan subjek Pendidikan Seks di sekolah dengan syarat isi kandungannya mudah difahami selain bersesuaian dengan situasi masa kini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pihak yang pakar dalam bidang itu untuk menentukan bila subjek seks perlu dilaksanakan dan tahap usia yang sesuai untuk didedahkan subjek berkenaan.
“Kerajaan apabila nak buat sesuatu dasar, ia dilakukan begitu halus dan terperinci. Tidak timbul setuju atau tak setuju, sebab sekarang orang boleh akses maklumat dalam internet dan pornografi dengan mudah.

“Pendidikan seks yang memberi kefahaman itu penting, jadi pelajar perlu diberi penerangan. Dengan cara itu, baru kita boleh meningkatkan kefahaman mereka dari segi kesihatan dan emosinya.

“Kita perlu beri penerangan supaya mereka tahu mengenainya dan ini juga adalah satu proses dalam kehidupan, tetapi masyarakat melihat perkara ini suatu yang negatif,” katanya pada sidang media selepas merasmikan ‘Muzakarah Pakar Menangani Zina dan Pembuangan Bayi’ dikalangan remaja dan pelajar sekolah di sini, semalam.

Nik Mustapha berkata, perkara penting sekarang ialah bagaimana cara terbaik untuk semua pihak menerangkan kepada mereka mengenai subjek itu supaya penyampaiannya nanti lebih jelas, berkesan dan mudah difahami pelajar.

Beliau juga berharap pengajaran subjek dapat memberi kefahaman kepada murid mengenai pentingnya institusi kekeluargaan yang perlu dipertahankan.
Berucap merasmikan muzakarah itu, Nik Mustapha berkata, perlakuan zina dan pembuangan bayi perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Cari puncanya dari pelbagai aspek... apa sebabnya berlaku di kalangan pelajar sekolah, dan bagaimana mengurangkannya kerana ia merosakkan kestabilan dan keharmonian masyarakat kerana institusi keluarga, institusi yang penting, untuk menyelamatkan generasi masa depan,” katanya.

16 Disember 2010

Blog Sepi

Salam...

Maaf kepada semua pengunjung....

Selamat berpuasa TAsyua dan Ashura kepada semua umat Islam yang mengambil berat akan tarikh2 Islam dalam hidup mereka begitu juga bagi sesiapa yang melingkari sejarah dalam kehidupan....

Baru pulang dari Kelantan, tugasan banyakkkkkk sanggggat yang masih dalam proses untuk di selesaikan....

Terima kasih atas ziarah

10 Disember 2010

Al-Fatihah Tok su Weng

Pagi tadi dapat khabar dari pak sepupu suami saya , Muhaimi " Puan, Pok Su Weng Kuala Long meninggal pagi tadi"......

Innalillah Wa Inna Ilahi Rojiun.....

Pok Su Weng adalah atok sedara kepada suami saya yang menetap di Kg Kuala Long Jeli Kelantan. Kami sekeluarga memang akan pulang ke Kelantan petang ini, InsyaAllah....dengan khabar yang diterima lagi kami akan pulang.

Pok Su weng adalah adik ipar kepada nenek suami. Beliau seorang yang kecil tubuh, peramah, dan suka berjenaka.

Sesungguhnya bersama dia tetap tercipta kenangan. Segala kenangan bersama beliau terimbas kembali.

Moga isteri beliau tabah dengan kematian ini.

Dan benarlah janji Allah, kita semua akan mati.

Bila masa saya dan kita semua , Allah saja yang Maha Mengetahui.

Indah sungguh kematian Pak Su Weng, di bulan Muharam....Pagi JUmaat yang tenang tanpa khabar bahawa dia sakit atau apa....meninggal dunia dengan tenang...ruhnya sangat damai....

Saya juga ingin begitu, seperti teman saya Asydi Jamil...seperti Ustaz saya, Ustaz Amin.....

Mereka meninggal sangat damai dan tenang......

08 Disember 2010

Kuat Minda

Salam semuanya,

Hari ini dalam kelas di kolej part time yang saya mengajar. Saya dapat kesan dua couple iaitu pelajar saya yang bercinta.

Tak kisah bercintakan? Tapi cinta mereka ini bak kata seorang pelajar lagi, cinta dua benua...bukan dipisahkan oleh tempat tapi pegangan akidah , iaitu berlainan agama....

Tapi bila saya perhatikan bukan saja berlaku di kalangan pelajar tetapi juga di kalangan pekerjanya....Contoh :

Perempuan Melayu Islam dengan Lelaki Kristian Iban
Perempuan Melayu Islam dengan Lelaki Kristian Iban
Perempuan Melayu Islam dengan Lelaki Cina Buddha

Saya pun tak tahu nak buat macamna lagi. Cuma yang saya sedih, kenapa lah orang Melayu kita ni mudah sangat jatuh dalam api....

Tak apa kalau mereka ni kuat agama dan bercinta bukan tak ada kes macam ni, tapi kita yang serahkan diri kita pada mereka untuk ditukar agama (Nauzubillah)...

Tak tahu mereka dah tukar agama ke belum, tapi ada yang staf tu saya tanya, dia kata dia tak sambut eidul Adha..maksudnya apa?.....

Isyhh , Pening memikirkan tentang umat Islam sekarang ni, mungkin sebab mereka ini hidup senang sangat dan jauh dari pendidikan keagamaan...

Dan saya juga tidak kuat untuk menangani semua ini.

Saya juga berdoa agar orang lain, agama lain menghormati antara satu sama lain....

Kepada mereka,

JAngan bermain dengan API...BAHAYA...boleh bakar diri? Nanti Api NEraka Bakar....

Ya Allah, bantulah umat Islam ku ini.....

Di bawah adalah artikel tentang Kahwin campur oleh Dr. Maza:
GALAKKAN PERKAHWINAN CAMPUR UNTUK KEHARMONIAN KAUM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kahwin boleh menjadi salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Dalam sejarah bukan sedikit perkahwinan telah menjadi faktor perdamaian dan interaksi harmoni antara budaya dan kaum. ‘Kahwin campur’ ataupun kahwin rentas kaum adalah kahwin antara pasangan yang berbeza kaum, seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india atau selainnya. Dalam konteks negara seperti Malaysia, saya berpendapat kita amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. Namun, perkahwinan tersebut perlu memastikan nilai-nilai yang berikut;



1. Bagi muslim, hendaklah dipastikan keislamannya terpelihara. Bahkan dia wajar menunjukkan contoh pegangan dan akhlak yang baik kepada pasangannya. Sikap dan teladan yang buruk akan menyebabkan salahfaham terhadap Islam.

2. Perkahwinan antara kaum hendaklah tidak bersifat menghapuskan budaya dan nilai positif yang dimiliki oleh sesuatu kaum. Setiap pasangan berhak mengekalkan budaya dan adat resam kaumnya yang baik. Hendaklah setiap pasangan meraikan warisan dan budaya pasangannya yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang dipegang. Memaksa seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah dan tidak membawa keharmonian kaum.

3. Perkahwinan antara kaum patut dijadikan kesempatan memahami dan mempelajari nilai-nilai mulia yang dimiliki oleh setiap kaum bukan menghapuskan identiti kaum. Dengan itu, setiap kaum akan hormati dan cuba memahami kelebihan dan kekurangan yang dimiliki lantas melaksanakan apa yang Allah firman: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

4. Fahaman agama yang sempit seperti menghalang pasangan yang menganut Islam berhubung dan berbuat baik kepada keluarga asalnya, menziarahi mereka atau menafikan nama keluarga seperti menukar nama ‘bapa’ adalah sesuatu yang tidak diajar oleh Islam. Bahkan nas-nas Islam menyanggahi hal tersebut. Ia adalah ‘kesempitan pemikiran setempat’ yang patut digugurkan dari masyarakat kita. Ia antara penghalang keharmonian kaum dan agama.

5. Perkahwinan campur hendaklah bebas dari anggapan bahawa sesuatu kaum lebih mulia dari kaum yang lain hanya atas faktor keturunan semata. Sabda Nabi s.a.w

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Maka, tidak boleh ada dalam perkahwinan campur itu pemaksaan budaya sesuatu kaum terhadap kaum yang lain.

Jika hal-hal ini dihayati, perkahwinan campur boleh membantu mengeratkan hubungan antara kaum. Justeru itu, kita patut menggalakkan ia berlaku. Golongan berpengaruh dan kerajaan hendaklah menggalakkan hal ini. Bahkan insentif tertentu patut diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin rentas kaum seperti ini.

06 Disember 2010

Berubah Berhijrah....

Salam semua....

Esok kita akan beralih tahun baru dalam Islam....Berhijrah lah kita....
dari buruk ke baik, dari miskin ke kaya, dari jahil ke cerdik dan semua dari negatif ke positif.....
dari bujang ke berumahtangga (Tahniah pada kawan2 yang bakal mendirikan rumahtangga dalam bulan ini, moga bertambah zuriat umat Muhammad. Bahagialah kalian , contohilah sistem rumahtangga Rasulullah dan Ahl Bait, itu yang terbaik)

Dan dalam bulan dan minggu ini ramai juga mereka yang berada di sekeliling saya deman dan batuk2....saya juga tidak terlepas. Semoga Allah menjadikan panas tubuh dan sakit2 itu sebagai wasilah untuk menuju kesempurnaan diri. Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan kita kepadaNya. Bisikkan kepada Tuhan, campakkan kesabaran
kepadaku dalam dugaanMu ini. Jadikan longlaiku ini sebagai KasihMu. Aku memerlukan 'tangga' untuk naik keRinduMu. Dan sekarang, oh Tuhan, sihatku telah Kau
cabut untuk membina pilah2 tangga itu. Dan sekarang Engkau sedang membina daerah kesunyian untuk berkasih.Oh, Tuhan terimalah aku.

Jadikan muharram ini sebagai sebuah institut..dan kita yang sudah mendaftar ini perlu belajar di sana..

"Sesungguhnya manusia itu bergerak kearah Tuhannya.."

Moga Allah memberi kepada kita maqam yang tinggi maqam mahmud dengan mengikut wasilah yang sebenar dan menjadikan kita sebagai kekasihNYA ..

Bergerak dan berubahlah.....

Salam Hijrah

04 Disember 2010

Qatar Menang

Salam.....

Pagi Sabtu yang indah....

Mata tak leh lelap lah, dah 4.10 pagi....


Apapun nak cerita tentang keputusan Piala Dunia kelmarin, suka sangat Qatar menjadi negara Arab Islam yang pertama tuan rumah SUKAN NO 1 DUNIA.... Anda suka???

WORLD CUP 2022.....Alhamdulillah (Maher Zain pun suka sangat).......:) >>>>> Maher Zain??? Pn Saleha??? Maher Zain????? (Adalah tu kan suara2 yang blur).....hihihi

Qatar? Ada apa dengan Qatar?....Suami ku pernah ke sana....dia kata takde apa2 pun kat sana. Nak jalan2 tu memang lah tak sesuai.

Yang anak panah merah tu Qatar....nampak?


Qatar ni negara kecil jer, jumlah penduduk pun dalam 800 ribu lebih jer...ramai juga orang luar kat negara ni. Bangla dan Indon serta Filipina juga ramai di sini.

Penuh juga dengan pasir berdengung kat sana, memang padang pasir. Suamiku kata tak de tempat yang cantik, dia pun duk dalam shopping TESCO Qatar jer di sana....

Tapi, lain pula yang dicari dalam internet....Klik

Agak2nya Dr Yusuf Qardawi turun tak tengok bola nanti?

Sokong sebab negara Islam....

Do THE BEST QATAR !!!!

Nanti tahun 2022 sempat ke tengok world cup yer.....entah2 dah takde....Ya Allah....

Masa tu kalau hidup umur dah ??.....hihi, dah tua tapi fikir muda lah....Husin dah Hasan pun dah hensem masa tu ramai peminat...hihihi...berdering2 dan bertalu2 sms nak ngurat anak aku...isyhh, apa ni merapu (imaginasi masa depan)...

Ok Selamat Malam

Saleha...4.37 pagi, pukul 8 ada kelas statistik lah...

03 Disember 2010

Tahniah atas kelahiran

Salam semua...

Ingat tak psoting saya tentang kelahiran baby baru arwah ustz Amin (bekas pegawai tadbir agama daerah Hulu Langat)...beliau juga merupakan ustaz saya dan boleh dikatakan antara kawan baik saya selain arwah asydi Jamil kawan saya yang juga selepas sebulan turut mengikut Ustaz ke alam barzah....AlFatihah

Semalam 2.12.2010 isteri beliau telah melahirkan anak lelaki yang sangat comel dan putih bersih mulus kulitnya....nampak dia sangat baik , cerdik dan tidak menyusahkan ibunya.

Dia tahu bahawa ibu nya banyak mengalami kesukaran sejak ketiadaan suami tersayang.....

Semoga dia menjadi anak soleh....

Semalam yang azan kan baby tersebut adalah Timbalan Mufti Negeri Sembilan Ust Azmir...kawann baik arwah ustz Amin.

Sedih juga sebenarnya bila kita seorang ibu melahirkan anak yang menjadi penyeri cinta suami isteri ...tanpa suami di sisi....
Melihat ibu2 lain yang bersama suami masing2 tentu saya juga bersedih dan ada air mata yang mengalir....
Kak Ina di temani adik beradik ustaz yang setia menjaga beliau....

Dan saya amat mengerti hati dan kesugulan beliau...tetapi dia tetap tersenyum, tergelak dan tidak nampak air mata yang tumpah....

Sememangnya dia wanita tabah....

02 Disember 2010

Doa Untuk Kak Ina dan Kelahiran

Salam semua

Posting ini sepatutnya ditulis semalam, tapi kerana tidak sempat maka saya tetap siarkan juga hari ini.


Hari ini saya ingin meminta teman2 yang membaca blog ini untuk mendoakan kakak saya (kaka angkat masa di sekolah) agar selamat melahirkan anaknya.

Kembar atau pun tidak masih belum dipastikan lagi (kak ina pun dah tak kisah samada kembar atau tidak). Lepas kematian ustaz Amin, kak Ina hanya harap baby ini selamat dilahirkan.

Semalam 1.12.2010 Kak Ina sudah dimasukkan wad untuk dibedah pada 2.12.2010 ....
Semasa saya menulis ini mungkin Kak Ina sudah melahirkan.

Doakan mereka selamat ye.

Suasana pengkebumian ustaz Amin
Ustaz Amin yang sentiasa dirindui Kak Ina

Kak Ina serikandi yang tabah dan kuat serta cekal


30 November 2010

Muhasabah

Salam....
Hari ini sudah 30/11/2010....

Matlamat yang besar masih belum tercapai lagi untuk tahun 2010.
Sudah hujung tahun....

lagi sebulan muncul masihi yang baru
Otak sudah tepu
Hati sudah sedu
Perasaan ingin beradu
Kenapa kalau marah nak merapu
Cakap jangan berhantu
Nanti ukhuwah terganggu
Tangkap ikan disangka berudu
Anak suka makan budu
Kejap lagi pergi Pudu
Tengok orang macam kutu
Nak suruh jadi baik macam ibu
Kerja, amal, ibadah MESTI bermutu
Bukan nama pelajar Samy Mutu
Bulan ini bulan cuti ku.....
Jangan Lupa doakan aku
Kebaikan dunia Akhirat buruan ku
Dapat tak dapat Tuhan saja Tahu
Aku juga yang tentu
Jangan Asyik salah Tuhan ku
Kata dia suamiku
Aku ada suami ku
Ada anak ku
Masih ada ibubapaku
Kerja rumah susun bertalu-talu
Kerja bertambah pilu
eh jangan tunggu dulu
kerja bertambah tentu
Ada anak2 membantu
Penyejuk mataku
Pendingin hatiku
Mama sayang kamu
Tuhan ku , KAu hidup dan matiku
Terima aku
Sekian dulu....
BUkan nak merapu
malam tadi makan ikan kerapu
Minta semua termangu
sambil tongkat dagu
Fikir-fikirkan diriku
Fikir-fikirkan kata-kataku

29 November 2010

Anak-Anak Yang Indah

Salam semua

Hari ini deman, selsema, batuk dan sakit badan semakin rasa pulih.
Sedang letih2 sambil bermonolog kepenatan , tiba2 Husin datang ke dapur. Ketika itu saya sedang melipat pakaian yang bertimbun2 banyaknya.
Saya pun mengadu pada Husin....(seperti biasa hari Isnin, abah tiada di rumah ada pengajian, maka saya sendirian dan terpaksa bersendiri ditemani anak2 yang pelbagai ragam untuk diuruskan)
" Husin, mama letih lah, mama dah lah deman dan tak cukup rest. Kepala mama pun sakit".
Alhamdulillah , tangan Husin yang kecil cuba menghulurkan pertolongan.
"Kesian mama, mari abang tolong mama. Tapi abang lipat baju yang kecik2 jer mama yer?"....
Kemudian Hasan pun datang, "Hasan pun nak tolong mama lah", Hasan dan besar sebab tu Hasan pandai lipat baju...hihihi...oklah Hasan.

Sedang Hasan melipat baju si Zahra, Zahra pun datang sambil jerit kat Hasan " ju gak (Baju Zahra)...." , sambil bertarik2 baju antara Hasan dan Zahra....akhirnya saya dan Husin siap melipat baju dan kemas baju di rak masing2....

Aku juga bersyukur, hati yang gundah dan badan yang letih kembali tenang dan jiwa juga tenang.

Terima kasih Tuhan atas kiriman anak2 yang indah. Jadikan mereka anak yang soleh...yang boleh mengubat jiwa ke naik menuju Mu dengan cahaya ketenangan radhiat mardhiah.....

Semoga cahaya esok yang terbit menjanjikan hari2 yang lebih berkualiti bersama keluarga, yang dihajati juga ditunaikan Tuhan......

Ilahi maqsudi wa matlubi

27 November 2010

Nanti Dulu

Salam...

Selepas berperang dengan program Dialog Keibubapaan tadi yang berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat.....

Saya berjuang dengan demam pana, selsema dan badan yang sakit2....

Shifakallah atas saya....

Nanti kan update terbaru bersama gambar2 sekitar program tadi...

TERIMA KASIH SEMUA.....anda THE BEST

TERIMA KASIH DR MARIANI MOHD NOR yang dalam kekalutannya, tetap tergoda dengan pujuk rayu kami untuk memberi pengisian...jasa DR hanya TUHAN yang balasnya

26 November 2010

Berdebar Tunggu Dialog Keibubapaan

Salam semuanya...

Petang tadi hingga sekarang hidung ni tak berhenti2 asyik disapu....demam menyerang....bagusnya, Alhamdulillah dapat pulihkan semula sistem badan yang rasa sangat letih sekarang ni.

Sambil berkira2 dan bercongak tunggu hari esok sambil berkira2 dalam kepala apa lagi yang tak selesai. Rasa berdebar takdelah seperti masa jadi pengarah Seminar Pengajian Tinggi Islam tahun lepas.

Kali ini saya bergerak sebagai protokol dan program ini hanya separuh hari.

Hemm, kedatangan Dr Mariani Mohd Nor yang biasa menghiasi Wanita Hari Ini di TV3 memang ditunggu2 oleh kami semua. Lagi2 geng Fansuri (pelajar saya yang memang fanatik...hihihi).

Program esok memang namanya program keibubapaan tapi ramai juga orang yang bujang hadir (saya rasa amat tepat untuk mendapatkan ilmu sebelum melangkah ke alam lain. Rasa rugi agaknya Safiyah tak ikut (Saf, kalau awak ada lagi BEST lah).....

Segalanya sudah disiapkan, bola pingpong, belon dan besen (esok akan diisi air). Program ini bukan sekadar ceramah biasa penuh dengan analogi dan saya PASTI peserta tidak akan lupa saat2 ni walaupun hanya sebentar sahaja.

Kepada sahabat2 semua yang sudah berjuang yang "hard core", Kak Zu, Kak MAz...memang kita team yang ngam dan best....Shila, Kak Jijah, Safura, Teacher (good team and supporters)...

Semoga Allah menerima amal kita yang sedikit ni.....

Ps: Kepada abang suami tersayang, yang tak dapat join program esok....moga berjaya dengan program abang...abangkan MANTAPPPP...

Good Lucks both of us.....
Kepada anak2, insan yang cemerlang .....kami sentiasa bersama anda.....kami akan tebus masa anda semula....doakan mama dan abah yer sayang. Untuk Husin, abang yang sentiasa faham dan empati, Hasan yang banyak bertanya, Zahra yang sentiasa memberi perhatian dan Haura yang pipi epal jatuh....

Allah akan jaga dan lindungi kalian.....amal mama untuk kalian....

25 November 2010

Resepi Hari Ini

Saya percaya ibu-ibu yang lain di rumah sentiasa pening dan putar kepala memikirkan untuk memasak apa hari2....yang mana masak pagi, tengahari, minum petang dan makan malam setiap hari selama mana nyawa masih ada fikir untuk masak apa.....betulkan? (Kalau tak betul, itu menarik, sebab anda dah buat perancangan masakan untuk satu tahun ke?)...boleh ajar saya...ceritalah sikit....



Oklah, saya juga agak putar kepala hari ini nak masak apa, saya beli ayam separuh dan telur ayam ....


Pikir punya pikir (sebab nak sesuaikan menu untuk anak2, ibubapa dan adik...(suami?...ooo,,,dia pulang agak lewat ), untuk saya?.....mak2 ni kalau tengok orang lain makan dia pun dah kenyang...



Hari ini mula2 terfikir untuk masak ayam Iran....sebab saya ada masa yang terhad..kerja rumah macam biasa, solat lepas tu nak buat soalan peperiksaan untuk 5 subjek....fuhhh....


so masak ayam Iran atau ayam Mesir (saya pun tak tahu namanya apa). Tapi cara masak amat senang.



Ayam yang keras pun boleh dibuat tak payah tunggu lembut. Masuk ayam yang masih keras dalam periuk, potong dadu bawang besar warna putih bukan merah, potong tomato dadu, letak semua tu dan buka api sikit2....letak air sikit, minyak zaitun dan sedikit zafaran , kalau takde zafaran boleh letak kunyit...biarkan empuk dan masak I jam...kemudian dah masak....kalau nak letak kentang lepas 45 minit. Selepas sejam boleh dini'mati masakan .....



Siap menu untuk adik2 dan anak2 saya....



Fikir untuk ayah pulak.....rebus telur dan sup ayam ala-ala kemboja...



Hahahaha....pelik dengar....apa semua masakan bunyi antarabangsa...hehehhe...Mesir, Iran, MAlaysia dan Kemboja....


Ini namanya sahut seruan UIA, Internalisation......:)




Sup untuk ayah senang jer....tumbuk bawang putih bawang merah, ketuk serai, masuk ayam, bawang besar sikit, kentang ...didih ......dah siap....dah masak potong daun basil




...perah asam limau...ini lah menu untuk ayah dan anak2 pun suka sup...Untuk mak (masih sakit hanya dengan bubur nasi kosong sahaja bersama ikan masin)

Ok , nanti sambung lagi...anak2 dah bunyi perut laparrr.....

Mohon Doa

Alhamdulillah masih diberi ni'mat dalam kehidupan ini. Tidak kira ni'mat apa sekalipun kita harus bersyukur...

Syukur setelah 3 hari menanggung kecederaan di jari tengah kanan saya (luka tak tahu kenapa), hari ini dah baik , dah boleh ambik air solat dengan baik, boleh pegang sesuatu dengan baik, boleh membasuh pinggan mangkuk dan periuk dan pelbagai aktiviti yang lain.

Mak masih lemah dan tidak sihat sejak balik dialisis Sabtu baru ni. Saya sudah minta abang2 hantar ke emergency Hospital Serdang dan bukan ke klinik. Kerana penyakit mak yang berangkai apatah lagi kerana beliau mengidap penyakit buah pinggang, harus terus berjumpa pakar. Mak sudah seminggu tidak makan nasi hanya menjamah bubur (tidak boleh bau makanan, adalah salah satu simptom penyakit buah pinggang yang teruk, pening kepala selain muka yang bengkak)

Semoga Allah beri kesembuhan kepada mak. Dan Ya Allah kabulkan permintaan dan impian ku untuk dapat mengerjakan umrah bersama mak. Berikan beliau kesihatan yang baik yang masih tersisa dari Rahmat dan kasih sayangMu....

Sahabat semua minta tolong doakan mak saya (ayah saya juga yang walau lenguh sendi sana sini tetapi masih kuat menbaktikan cinta kepada mak)

Sedang mak terbaring kaku , saya sibuk memasak di dapur....ayah mengajak cucunya, shahir, budin, dan anak2 saya untuk membaca Yasin berjemaah.
Alhamdulillah, sejuk hati dan mata saya tengok aktiviti begitu.
Hidup dalam lingkungan keluarga yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah memang cita-cita saya.
Moga Allah menganugerahkan kami keturunan yang mulia dan tidak menyia2kan hidup di bumi Allah ini.

Takziah Festival Air Kemboja

Anda sudah tahu tentang Festival Air kemboja hari Selasa baru ni yang meragut beratus2 nyawa.

Takziah dan Al-Fatihah juga kepada saudara saya yang terbabit di dalam tragedi yang menimpa.

Cuma saya sendiri tidak suka akan Festival tersebut yang sebenarnya ada banyak unsur2 syirik ....tapi tidak tahu lah bagi penduduk bangsa Melayu Champa yang turut serta dalam festival tersebut. Mungkin mereka hanya suka-suka........jangan suka2 akhirnya menjadi bala...Nauzubillah...

Punca panik masih tidak diketahui, mereka mati berhimpit2....bayangkan ...berhimpit-himpit....



PHNOM PENH (Kemboja): Pasukan penyelamat, semalam meredah sungai berlumpur untuk mencari ramai lagi mayat ketika Kemboja meratapi tragedi kematian 378 rakyatnya manakala beratus-ratus lagi cedera akibat dipijak beribu-ribu pengunjung festival.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyifatkan ia tragedi terbesar negara itu sejak tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Khmer Rouge pada 1970-an.

Beribu-ribu pengunjung panik yang meraikan festival berakhirnya musim hujan di sebuah pulau di tengah sebuah sungai cuba untuk melarikan diri melalui jambatan yang sempit di Phnom Penh pada lewat malam, semalam.

Ramai pengunjung yang dipijak ataupun jatuh ke dalam sungai. Mangsa yang keliru pula cuba untuk menyelamatkan diri di tengah-tengah lautan manusia dengan menolak sesama sendiri di setiap arah. Selepas insiden pijak-memijak itu, beratus-ratus mayat bertindihan antara satu sama lain di jambatan berkenaan, sementara pasukan penyelamat memenuhi kawasan itu.

Kejadian mengerikan malam itu yang disiar di televisyen kebangsaan menunjukkan mangsa sama ada yang masih hidup atau sudah mati bertindihan sesama sendiri.

Sesetengahnya pula menghulurkan tangan sambil menjerit meminta tolong dan ada yang menarik tangan petugas penyelamat yang bersusah-payah membantu mereka yang terperangkap.

Tidak dapat dipastikan apakah punca ynag menyebabkan insiden pijak-memijak itu berlaku. Pihak polis dan saksi kejadian mendakwa jambatan sempit itu tidak menyediakan laluan keluar masuk yang cukup luas ke pulau itu.

Dua ahli perniagaan warga Singapura yang mengendalikan sistem bunyi dan lampu untuk festival itu berkata, pihak berkuasa menutup laluan di jambatan lain sejak awal-awal lagi hingga memaksa berpuluh-puluh ribu pengunjung menggunakan satu laluan saja.

Seorang saksi berkata, insiden mengerikan itu bermula apabila beberapa pengunjung pitam akibat ditolak dalam kesesakan itu. Seorang lagi saksi yang terselamat pula berkata, dia mendengar siren polis sebelum pengunjung mula panik.

Baca seterusnya di sini

PS:Kalau kita orang Islam, buat kerana syariat jangan ikut adat....
Saya lagi lah tak suka bersesak dengan manusia ....kalau di Mekah itu lainlah....bersesak tapi mencari Allah

Pergi Mekah Buat Apa?



Willy, cuba fikirkan tentang dua orang lelaki ini yang pergi Haji hanya dengan berbasikal. Impian apa yang mereka ingin dapatkan? Hanya ketenangan untuk berada di bumi sejarah nabi dan mencapai puncak kebahagiaan yang tertinggi.
Ibadat Haji ke Mekah adalah puncak Ibadat dan puncak perjuangan manusia. Ibadat perjuangan manusia mencari Tuhannya. Sumber sini





LIHAT gambar ini.. Semangat dua pemuda muslim asal Afrika Selatan ini untuk menunaikan rukun Islam ke-5 patut dibanggakan. Mereka menempuh perjalanan dari Afrika Selatan ke tanah suci dengan menunggang basikal.


Nyatanya, kedua pemuda itu kini sudah berada di tanah suci. Nathim Caimcross, 28 dan Imtiyaz Ahmad Harun, 25, mengungkapkan kebahagiaannya begitu masuk ke kota Tabuk, perbatasan negara Saudi. "Akhirnya kami dapat jelmakan impian kami menunaikan ibadah haji," kata keduanya.

Caimcross, yang bekerja di kota di Cape Town mengungkapkan, menggenjot basikal dari Cape Town ke Arab Saudi tentu saja sangat mletihkan. "Tapi kami memilih berangkat haji dengan cara ini agar kami benar-benar merasakan pengalaman suka duka menjalankan ibadah haji," ujarnya.

Caimcross dan Harun berangkat dari Afrika Selatan pada 7 Februari. Mereka berbasikal menyusuri negara-negara Afrika, seperti Bostwana, Zimbabwe, Mozambique, Malawi, Tanzania, Kenya, Turki, Suriah dan Jordan untuk mencapai perbatasan Arab Saudi.

"Ini haji pertama kami. Kami boleh naik pesawat, tapi ini adalah impian kami. Untuk berangkat tunaikan haji dengan cara berbeda. Kami memilih basikal, kerana kami berdua memang hobi berbasikal" celah Caimcross.

Setiap hari, kedua pemuda itu berbasikal sejauh 80 sampai 100 kilometer. Mereka beristirahat di masjid-masjid atau mendirikan khemah pada malam hari, kemudian melanjutkan perjalanan selepas solat Subuh. Selama di perjalanan mereka bertemu dengan ramai orang yang membantu dan bersikap baik pada mereka.

"Di setiap tempat yang kami lewati, mereka memberikan sambutan dan mereka antusias ketika tahu bahawa kami sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji. Soal makanan, tak ada masalah kerana ramai orang yang ajak kami makan." tutur Caimcross.

Selama di perjalanan, mereka kekadang melewati medan sukar, berupa pegunungan yang perlukan tenaga ekstra untuk enjot dan menekan pengayuh basikal. masalah lain ialah bahasa. "Bila kami masuk ke negara-negara Arab, kami menggunakan bahasa Arab terutama ketika kami melalui Suriah dan Jordania," kata Caimcross lagi.

"Masyarakat di sana juga antusias dan bersimpati membantu, bila tahu kami nak tunaikan haji." sambungnya. Caimcross juga mengungkap rasa terharunya kerana ramai yang menawarkan bantuan berupa wang dan memberikan apa yang mereka perlukan, kerana keduanya cuma memiliki anggaran sedikit untuk biaya haji.

Secara keseluruhan Caimcross dan Harun melakukan perjalanan selama hampir 9 bulan, melewati 9 negara, dan selama perjalanan mereka tidak mengalami persoalan serius. "Cuma ganti tayar basikal, betulkan rantai pengayuh, itu yang sering kami lakukan," ujar kedua pemuda itu.

Caimcross mengatakan, melakukan perjalanan haji bersepeda memberikan mereka banyak kesempatan untuk berinteraksi dengan beragam orang dari berbagai negara. "Kami juga bisa sambil berdakwah, terutama saat kami istirahat pada malam hari," tukasnya.

Caimcross dan Harun adalah mahasiswa jurusan syariah Islam. Caimcross punya keahlian di bidang perencanaan kota karena ia pernah ikut pelatihan dan sekarang bekerja di sebuah perusahaan konstruksi. Sedangkan Harun pernah kuliah di jurusan ekonomi.

Keduanya belum berkahwin dan hobi bersukan. Caimcross senang surfing di laut dan Harun lebih suka tinju dan naik gunung. Setelah melaksanakan haji, mereka akan kembali ke Cape Town, Afrika Selatan juga dengan basikal, melintasi kawasan Afrika Barat. Memang mereka berkreatif yang luar biasa!


Apalagi bila Islam menggalakaan pengembaraan, dan memperuntukkan asnaf zakat untuk musafir berkelana. Ertinya di mana-mana anda berada, anda ada saudara seagama. Allah akan membantu anda melalui mereka. Berbahagialah dengan Islam, agama pilihankita..

24 November 2010

Dalam Sejarah Pendidikan

Salam semua,

Alhamdulillah, lega rasanya dah siap semua kerja rumah. Balik kerja dalam pukul 6.30 petang terus masak, sapu rumah, basuh baju, mop lantai, dan yang last sekali gosok pakaian basuhan hari isnin.

Letih juga tapi rasa fun dan seronok sebab adik bongsu saya Arifin Idris dan adik saya yang kelima Fadil ada juga menolong basuh pinggan dan periuk. Sebab tangan saya yang kanan terluka tak tahu kenapa. Sakit sangat!....Semoga adik2 saya ni bahagia dalam hidup dunia dan akhirat dan dapat kawin isteri2 yang baik dan bertanggungjawab dan boleh jaga mak ayah kami dengan baik juga. Yang penting baik dengan saya.

Tajuk di atas kerana menyorot kembali cerita hari ini.
Hari ini buat pertama kalinya saya sebak dan berjaya mengeluarkan air mata kerana sedih sangat.

Ceritanya begini, kelas yang saya ajar ini, pelajar nya semester satu kebanyakannya berusia 18-19 tahun.
Ini adalah kali kedua saya mengajar kelas yang ramai selain di USIM pada tahun lepas. Tetapi kelas ini agak unik....kerana kelas ini amat bising.
Dalam dunia pendidikan yang saya ceburi , saya pernah berhadapan dengan dua kali kelas yang amat bising bila guru mengajar di hadapan, satu semasa saya mengajar sekolah rendah dan satu lagi sekolah menengah. Tetapi syukur akhirnya kelas ini menjadi senyap.

Berlainan dengan kelas yang ini, tidak pernah dengar suara senyap atau memberi perhatian kepada saya (sebahagiannya) semasa mengajar. Saya pernah mencuba beberapa teknik tapi mungkin saya tidak konsisten. Saya juga pernah mengajak mereka berbincang kenapa kelas ini bising dan bagaimana menangani kelas yang bising, tetapi tetap tidak mendapat perhatian.

Dipendekkan cerita, sebenarnya bukan sebab kejadian ini saya menitiskan air mata (entah banyak perkara saya bendung dalam hati).

Ada seorang pelajar perempuan yang melutut dan pergi ke belakang dan duduk berkongsi kerusi dengan kawannya. Lalu saya sedar dan saya minta dia kembali duduk di tempatnya. Dengan nada yang agak kurang baik bagi saya dia menegaskan untuk tidak duduk di tempatnya. Saya pun kembali ke hadapan untuk mengajar tetapi saya rasa amat sebakkk......saya pun keluar untuk ke tandas, masa itu saya rasa saya hampir ingin menitiskan air mata. Keluar saja dari tandas saya diserbu oleh 3 orang pelajar tadi yang ingin memohon maaf dan saya katakan bukan salah mereka. Mereka menghulurkan tangan dan saya menolak dengan alasan mereka tidak bersalah dengan saya dan mereka melutut kepada saya....akhirnya saya kembali semula ke kelas bersama mereka....tetapi apabila saya mahu memulakan pembelajaran......tiba-tiba suara saya terhenti dan air mata saya mengalir dengan deras, saya amat sedih.

Sebenarnya saya rasa sedih (dengan diri saya) yang gagal menjadi pendidik yang baik (sehinggakan saya membisikkan dalam diri saya , tak guna master ko)....dan saya juga sedih dengan anak2 bangsa Melayu yang mudah lalai dan alpa.

Memanglah cabaran pendidik sekarang tidak sama dengan pendidik zaman dulu. Zaman dulu mereka terdedah dengan pelajar yang amat bersemangat untuk menuntut ilmu kerana ilmu dapat mengangkat martabat mereka dan merubah hidup mereka.

Apapun saya juga amat terkesan dengan dua SMS yang saya terima dari dua orang pelajar yang tidak ada kaitan dengan kes tadi tapi mereka agak rapat dengan saya, buat mereka, saya tidak marahkan sesiapa saya cuma sedih, dan saya juga teringatkan perjuangan Rasulullah , Nabi kita tercinta bagaimana beliau susah payah dalam mendidik umat untuk mengESAkan Allah.

Ya Rasulullah, tabahnya dirimu. Moga aku juga diberkati dengan ketabahan dan semangatmu.

Sesungguhnya, cukuplah ia menjadi pengalaman berharga untuk saya.

22 November 2010

Kata Penghibur

Di bawah ini adalah kata2 pelajar saya tersayang hasil dari komen yang saya terbitkan tempoh hari...Ingatan untuk Pelajar KDH.

Artikel itu saya tulis hanya kerana coretan rindu saya dan ingatan saya kepada pelajar lama atau bekas pelajar saya yang telah mendapat diploma di Kolej dar al Hikmah.

Di sini saya menyimpan cebisan kata2 mereka buat penghibur hati saya di kala lara.....

Ariff Hamdan: mula2 takut..pastu jd mentor.. Pn. ajar sy subjek pe? xingt la..hehe
xpe..ayt untk sy xd la..hehe.. Pn kne bt ayt khusus untk sy tau.. Mood : demand :). Sy beruntg blaja dgn puan tau..ruginy xdpt blaja dgn lect yg lain.. KDH : Kolej D'Hati -ok x?

Isky Kamil: sama2 puan,,, alhamdulillah sihat,,, saya harap puan pun macam tu juga,,, owh best nya,,, dah jauh sekarang lawatan2 pelajar KDH ya,,, amin :) best juga kalau dapat jumpa puan :)

Ibnu Bali: Terima kasih puan kerana tidak pernah sunyi dari mengingati dan menasihati. Terima kasih juga untuk doa yg ditaburkan. Melupai tidak sekali bahkan doa kami sentiasa mengiringi guru-guru kami. Setiap Fatihah kami sebagai pengikat rohani di antara kita. Mudahan utuh ukhuwah ini fidunnya wal akhirah.aminn..

Salju Putih: puan... terima kasih untuk segala-galanya. salam aiduladha~ (^_^)

Ainnur Fathiah Zaafar: puan, terima kasih ats peringatan dn segala ilmu yg dicurahkan semasa sy masih mencari ilmu dn erti kehidupan yg semasa di KDH, mmg pnuh hikmah, thank you Allah n Alhamdulillah.. InsyaAllah xde pape nnti sy dtg.. lau nk gune tenaga sy pun bleh jugk.. =)

Imam Hassan: salam penghargaan untk PN. Thanx 4 evrything, walaupn sya x close sgt dgn Pn. tp apa yg sya tahu Pn. mmg mesra dgn pelajar, dekat dgn pelajar dan ble dikatakan SUMBER INSPIRASI bt plejar2 KDH. Lantaran itu, jiwa kecil ini, menghargai segala jasa dan budi baik kalian di KDH. Tidak terfikir sya sampai ke tahap ini. saya merancang. tp Tuhan yg tentukan sgla2nya utk sya. Ilmuwan Ulul al-Bab masih tersemat di dlm hati-hati kami. dlm kesempatan ini, sya ucpkn, Selamat Aidiladha drpda sya buat semua. Andai pernah terksar bhs d perbuatan. 8-)

Fatyha Borhan: Salam pn..trme ksh bg n0te ni..klu xd hal y len insyaallah sy dtg..kata-kata pn mgingatkn sy tntg ssuatu..bg sy KDH kolej y kcil,biasa2,xd y mnarik pd pndgn luarn ttapi didlmnye trsmpan seribu HIKMAH y hnya insan2 y mgenalinya shj y tau..xslh ayahnda letakkn nma KOLEJ DAR AL-HIKMAH..

Naemah Bt Ramli: slm puan.. trima kaseh.. amat bermakna dan mendalam this note ♥ ♥

Razalie Zalie Ba Salam, tahniah kepada anda (CIKGU SALEHA).... wowwww begitu hebat ukiran kata-katamu, sehebat mengukir ilmu di dada muridmu. Walaubagaimanapun saya tetap memberikan sokongan dan dorongan disebalik misi dan visimu kerana sokongan dan doronga...n itulah telah anda bajai dengan ilmu dan pendalaman anda.
Tahniah dari saya yang tidak dapat diukiran dengan kata-kata yang hebat, malah cukup diukirkan dilaman ini. Teruskan kehebatan anda dalam dunia pendidikan, dan saya akan teruskan perjuangan kesinabungan anda dalam era mendidik masyarakat diluar sana.
Tahiah sekali lagi buat warga KDH.
Anda sememangnya HEBATTTTTTTTT.....................

Sarah Abdullah: Doa saya smoga KDH sentiasa maju dan jaya...Terutama kepada guru2 yg penah mencurahkan bakti pada saya....jasamu kukenang slamanya...hanya Allah sahaja yg dpt membalas jasa anda semua!

Jasmin Jasman: hmm..ALUMNI kena aktifkan...put the right people in the ALUMNI..those people who are willing to dedicate their time, their effort as to ensure this binding....exist..and remain....all those ex students ...ex workers..might generate great ideas how to expand KDH and how to sustain KDH...with their ideas...commitement...and not to forget contribute sources of materials...jika seorang ex students....ex workers...contribute...RM10 a month..I guess..at the end of the day...this ALUMNI able to asist KDH in the aspect of development of KDH

Azie Adinda: terima kasih puan, segala jasamu yg dicurahkan kepada sy terlalu bnyk....
tq banyk2....syg puan,,,,,,

Intan Nazirah Asri: hurmmm....hampir menitis air mata sy bila baca note puan ni...puan seorg ibu dan seorg pensyarah yg banyak membantu sy sejak saya mula masuk KDH lg..semua jasa puan sy xkan lupa..
puan...doakan kejayaan sy selalu..tanpa puan yg tegas dan gar...ang nie, sy xkan dapat A la dalam suma subjek yg puan ajar...puan byk ajar sy jadi manusia..tanpa "ayat-ayat pedas" puan, sy takkan jd manusia mcm skrg..nasihat dan pesanan puan selalu sy semat dalam hati.. terima kasih puan saleha...terima kasih atas segalanya..semoga Allah memberi nikmat dan rezeki yg melimpah ruah pada puan berkat ilmu yg ikhlas yg telah puan curahkan pada saya...
amin...sayang puan!!!

Nasrun: Mg Barakallahulak wa lakum....

MsDarman Nazmi: PUAN........mengalir air mata saya!

Mubarak Ahmad: Terima Kasih,TQ,Syukran,Tochi,Chichi,Nandre,Harikatok Haik...

Fieza Ieza: terima ksih puan atas segala ilmu dh tnjuk ajar paun selam ne...

Nor Faezah Mokhdir Faez: puan yg dikasihi dan dsyangi..jasa mu terlalu bernilai yg tdk blh di beli dgn wang ringgit..walau pun anak2 didik mu jauh dimata, tetapi diri mu sentiasa mingati dan mengasihi ank2 didik mu..tq so much..mga Allah memberkati keluarga puan hingga akhr hayat.syg puan..muah! ciuman utk pipi mu..=)... puan, mohon maaf jika diri ini ada membuat kesilapan yg mguris hati puan tanpa disedari..

Nisa Khai: time kasih pn.saleha...(=

Masrah Bogiao: salam puan... wlpn da trlmbt nk ucp slmt ri rya adl adha, sy ttp nk ucp "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA" utk smua wrga KDH (klj dlm hati). pa yg puan tulis 2 memang betui.... dulu tme sy msuk KDH & pn ajr sbjk psk. pmbljrn. sy risau klu pn soa...l sy... hehe. sbb wk2 2 sy tkut trslh ckp mklumla sy bru nk knl bhsa org smnjng.....hehehehe..... 10Q dgn apa yg prna pn bg dgn sy tp sy minta maaf sbb smpi skrg sy lom bls lg... 10Q ga sbb pn ajr statistik wlpn sy kdg2 sy x fhm.... tp alhmdlla akhrny sy fhm ga..... pn, klu ada ssuatu kslpn yg sy bwt tnpa dsdari/ d sngajakn sy minta maaf. :-)

19 November 2010

Kambing Korban

Seorang teman pernah bercerita kepada saya tentang cara orang tuanya mendidiknya menyambut Eidil Adha. Seperti halnya anak-anak masyarakat Gunung yang lain, teman saya itu diamantkan orang tuanya untuk memelihara calon kambing korban itu sebagai miliknya sendiri. Hangatnya kebanggaan yang jujur dari seorang anak yang tiba-tiba menemukan diri sudah dianggap cukup besar untuk memiliki makhluk hidup, telah lebih dari cukup untuk mengawali sebuah cerita perawatan yang indah. Kambing itu agak gemuk kerana ia dipelihara dengan tekun tidak seperti segerombolan yang lain, tetapi sebagai denak dengan ketulusan putih natural dari seorang anak.

Menariknya, pendidikan paling penting justeru terletak pada hari raya, ketika hubungan penjagaan yang indah antara anak dan si kambing harus berakhir dengan membuaknya darah si kambing di hujung mata pisau. Padahal, kambing itu sudah menjadi yang tersayang, begitu dikenal bahkan seperti diri si gembala kecil itu sendiri. Pernah, ketika seekor kambing terkulai mati, sang gembala hampir turut terkulai sedih. Seakan pisau tukang sembelih memotong leher anak itu sendiri.

Sebahagian orang tentu mengganggap bahawa pendidikan ini agak keterlaluan. Tergamak sekali membesarkan kambing hanya untuk disembelih, lalu untuk membesarkannya, ditugaskan seorang anak kecil pula. Kalaupun keperihaiwanan tidak layak menjadi tarbiyah hati, bagaimana jika si kambing yang sudah kepalang gemuk dan begitu merasa nyaman di samping tuan kecilnya itu memberontak ketika akan disembelih? Ini hanya menambah pedih dan rawan hati si anak.

Pendidikan apakah ini? Lupakan saja. Bukankah baik jika dari awal lagi si gembala kecil disuruh memberi si kambing hanya sisa rumput kering, mengurungnya di tempat gelap, dan meniadakan haknya untuk disayang, kerana akhirnya, bukankah kambing itu akan disembelih juga. Biar kurus kering putus asa dia dan mudah saja dibelit tangan kakinya untuk dibanting ke tanah dan dibuat tak berkutik dalam hitungan detik. Dengan begitu, tidak ada rasa sakit dalam hati si anak, kerana kambing itu tidak menjadi amanat. Dan kambing itu? Tak usah peduli lagi, ia bukan manusia.

Dua alternatif terakhir ini logik juga. Tetapi si anak akan kehilangan wahana untuk berlatih menerima pasangan dan pemilikan. Si anak juga akan kehilangan tempat kematangan hati berkembang. Belajar menerima kedatangan yang tersayang- walaupun seekor kambing-- dan belajar merelakan kehilangan -- hatta dengan cara yang sangat tragis. Ini baru kambing, bagaimana jika yang harus mati adalah sesuatu yang paling disayangi, seperti orang bercinta, atau bahkan diri sendiri?

Yang pasti, jika gemuruh takbir menyapa beranda hati, satu malam saja, dan hangat gulai kambing menghangatkan lenguh tubuh, satu hari saja, dengan sejuk dahi menyapa sejadah, beberapa detik saja bersyukurlah atas ni'mat dan peringatan Allah yang masih demikian indah.

Bayangkan jika Eidil Adha adalah malam neon-neon keras menggantikan liuk lintuk kerdip pelita, riuh rendah suara kanak-kanak dan mercun bertukar hruk pikuk hon dan siren kenderaan dan di celah-celah manusia pagi yang mengalir deras, sendu takbir hanyalah rindu kelmarin yang bertaburan.

Atau bayangkan jika malamnya adalah malam overtime di depan komputer 24 jam , paginya berlari menyerahkan hasil kerja, dan fajar adalah kebingungan mencari gelaran solat berjemaah di tengah masyarakat yang penganut Islamnya hanya satu dua orang. Lalu hangat pagipun bukan hangat gulai ketupat dan pelukan maaf, tetapi hanya semangkuk mi segera plastik tanpa handai taulan.

Tetapi Allah adalah yang MAHA PENGASIH dan bukan suka pilih kasih. Dalam situasi itu, ada kambing yang tetap disembelih, dibahagikan, dan dini'mati dengan kesyukuran.

Ayam Masak Kicap Segera

Salam,

Sejak jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni (sebab maid takde) selalu fikir nak buat sesuatu perkara yang cepat dan supaya masa berkualiti dan tidak terlampau letih.


Malam ni hidangan untuk anak2 ayam masak kicap segera....selalu kalau masak kicap goreng ayamnya dulu. Tapi acik rebus air masuk kicap tumbuk bawang sekalikan masuk ayam rebus semua tu dalam setengah jam atau 40 minit.


Kemudian bahan2 yang lain seperti bawang besar dan kentang susuli kemudian,
sambil tunggu ayam lembut dan masak, boleh siapkan kerja2 lain, mandikan anak2, sapu rumah, siapkan anak2 solat dan ajar mengaji (sambil2 lipat pakaian)....


Ha, boleh buat semua dalam satu masa....lega sikit dan tak rasa letih sangat.
OK semua selamat beramal
* Lupa lagi satu lagi aktiviti boleh tulis entri juga...hehehhe

Merancang Aktiviti Cuti Anak

Salam dan apa khabar semua?

Saya pagi ini dan hari ini tersangat letih dan lelah. Mungkin kerana menyelesaikan tugasan rumah yang tidak habis2. Letih sebenarnya bekerja di rumah (suri rumah tangga ni).

Teringat kembali kepada Sy. Fatimah Az-Zahra yang mengadu kepada Nabi Muhammad. " Wahai ayahanda, aku terlampau letih dan lelah dalam menguruskan rumahtangga ku ini".

Kemudian Rasulullah mengajarkan tasbih Fatimah. Maka aku juga mengadu kepada RAsulullah dan Allah. Kembali semula semangat.

Marah2 semasa mengurus rumahtangga amat bahaya. Jadi sebab itu saya harus happy jadi anak2 juga happy dan tidak stress. JAdi kalau kita penat dan letih ajukan pada Allah. Semoga Allah mengirim bantuanNYA kepada kita.

Saya baru selesai menelefon beberapa institusi untuk saya hantar anak saya HAsan dan HUsin ke program pembelajaran.

Saya menelefon KUMON dan AKADEMI DARUL HUFFAZ..keduan2nya berdekatan rumah saya di KAJANG, PRIMA SAUJANA .

KUMON tidak menerima pengajian sebentar, iaitu sebulan sahaja. Mungkin saya akan hantar mereka ke Akademi Darul Huffaz, pengajiannya adalah seminggu dua kali ....untuk mengetahui lebih klik sini

Semoga mereka tidak sia2kan ni'mat yang Tuhan anugerahkan.

PS: Terima kasih kepada yang meraikan Hari Lahir HUsin semalam dan menggembirakan Husin. Kami ingat nak buat biasa2 saja, tapi Husin yang panggil mereka semua untuk raikan kek dan pizza dia.

18 November 2010

Nukilan Bonda buat Husin & Zahra

Salam ke atas mu Husin & Zahra
Anak permata hati bonda dan ayahanda

Kelahiranmu membawa makna yang tidak terhingga
matamu lebih panah dari api
Hatimu indah bak salju

Kenangan abadi bersama kalian
bonda ingat sehingga mati

Harapan bonda
Moga gunung yang tinggi dikau daki
Bumi yang rendah dikau susuri
Laut yang dalam dikau selami
Hutan yang tebal kau terokai

Dunia ini hanya penjara bagi Mukmin
Juga tempat menuai bumi Akhirat

Gunung yang tinggi ibarat cita-cita kalian
Cita-cita luhur
martabat agama, maruah, keluarga

Bumi ibarat bulatnya tekad kalian
Restu bonda dan ayahanda seiring

Laut ibarat samudera hati yang tak habis digilap
perlu perjuangan untuk hati yang bersih dan putih

Hutan yang tebal ibarat perjalanan ilmu
Penuh dugaan dan cabaran
tapi setiap pohon yang berjaya kau cantas
kau akan dapati ilmu yang baru dan manfaat
buat bekalan dalam hidup kalian

Anak-anak ku
Lahir kalian bukan sia-sia
Penuhi diri dengan Taqwa dan Iman
Senjata berharga dalam menghadapi
manusia beserta cubaan dunia
Selamat Hari Lahir Sayang mam dan abah!!!
Coretan mama sempena hari jadi Husin (18/11/2005)dan Zahra (31/10/2008)
Fakta Lahir Husin:
Lahir di Hospital Kajang secara normal
dilahirkan berat 4.5 kg
Lahir pada hari Jumaat jam 2.30 petang (Selepas solat Jumaat)
Fakta Lahir Zahra:
Lahir di Hospital Pusrawi Kajang
berat 3.5kg
Lahir pada hari Jumaat jam 2.30 petang (selepas solat Jumaat)

Hari Korban Terkorban

Salam Eid Adha semua umat Islam di seluruh dunia yang mengunjungi blog ini dan juga yang masih tidak tahu tentang blog ini.....

Maaf tidak dapat lagi menyertakan artikel Zulhijjah kerana ada di PC office. Ini pun pinjam PC adik sekejap lepas dapat menyiapkan 3 set soalan peperiksaan akhir kolej part time yang saya ajar. Saya berjaya menyiapkan 90 soalan aneka pilihan dan 9 soalan esei....amat lega rasanya dan ada juga marah sikit2 (tapi bila positif tak jadi nak marah sangat)...marah sebab lecturer India tu macam buli saya suruh buat semua tapi jadi tak marah sebab positif kata baguslah dapat buat semua ada hikmahnya dapat buat soalan aneka pilihan yang banyak.

Emm....nak cerita tentang raya semalam, takde apa yang signifikan melainkan melihat beg2 yang sudah dikemas untuk pulang berhari raya di kelantan masih berada di kajang...ha...tulah tak jadi pulang berhari raya di Kelantan. Kesian juga dengan mok. Saya masih belum menelefon nenek suami kerana tak berupaya nak bercakap dengannya kerana terlalu sedih.

Doa saya semoga nenek dipanjangkan usia dan saya dapat memberi kebahagiaan kepada beliau yang sudah banyak berkorban untuk cucunya di sepanjang kehidupan beliau.

Tak jadi pulang kerana suami hanya dapat 1 hari cuti saja. Sangat sibuk dan tidak ada masa senggang. Itu yang mampu saya konklusikan, kesian cik abang! Moga Allah menerima amalan yang baik, walau orang lain tidak mengerti, saya sebagai isteri harus berdiri di belakang suami dan menyokong setiap amalannya. Moga Abang sentiasa diberi kekuatan dan limpahan rahmat Allah.

Alhamdulillah, kami hanya dapat 1 bungkus daging korban....hahaha. Tahun ni keluarga kami tak buat korban dan tidak seperti biasa tahun ini peti sejuk juga kurang daging korban. Ayah kempunan juga nak makan daging korban, tapi saya beritahu ayah, daging korban ini hanya untuk orang susah kita setiap minggu dah makan sup tulang tu yang Tuhan tak bagi...hahahah, berseloka dengan ayah....

Menu raya saya juga habis hari raya ini, sampai anak buah saya cari dah takde...tak pe nanti tahun depan achik masak lagi yer...

oleh kerana , handset saya masih tidak ada kamera, maka tiada gambar dapat upload di sini.

Saya hanya masak rendang ayam 2 ekor setengah, nasi impit segera, kuah lodeh special, agar2, kek batik....
Malam tadi saya buat BBQ ayam dan sate daging....resepi apa? Ha, resepi kasih sayang dan selawat. Ada rasa masin2 sikit tapi suami kata sedap.....oklah tu....:)

Selingan untuk hari ini,

Jaga diri hiasi peribadi ya!

16 November 2010

Eid Korban

Salam kemuliaan ketibaan Arafat ....

Moga langit terbuka memberi cahaya dan menabur harapan kepada orang yang meminta.

Saya hanya sempat berdoa sekejap2 saja, sambil lari2 anak seperti Siti Hajar yang mencari air..tetapi saya berlari2 anak menyelesaikan tugasan harian di rumah, memasak, membasuh, menjemur, menyapu, melipat dan sebagainya.

Moga Allah menerima amalan saya yang entah seberapa di sisi Allah.

Hari ini banyak yang perlu kita kembali kepada sejarah. Saya tidak sempat untuk menulis di sini tentang hikmah sejarah itu kerana keterbatasan waktu yang agak terhad saya rasakan (sambil baru dapat tahu kena siapkan 3 set soalan peperiksaan akhir untuk dihantar ke Kolej yang saya buat part time).

Akhir sekali, kita semua sentiasa berkorban. Hari2 banyak yang kita korbankan dan kita juga mungkin terkorban.

Ingat, KORBAN ITU HANYA UNTUK ALLAH!

Salam eid Ad'ha

15 November 2010

Kuku Panjang

Salam semua....
Esok adalah hari Arafat...
Penuhi hari itu dengan doa dan ibadah....
Memohon pada Allah , merintih atas kekurangan....
Hari itu adalah hari pertemuan Adan dan Hawa selepas berpisah lama dari Syurga...
Dicampak oleh Allah kerana melanggar perintahNYA.
Sebagai hamba yang lemah ambil iktibar yang boleh kita kongsi bersama.

Tajuk di atas memang takde kena mengena dengan entri permulaan saya.
Sabtu baru ini ada kelas modular...
Saya cuma hairan dengan beberapa orang pelajar antarabangsa yang kebanyakannya pelajar saya dari Indonesia yang suka menyimpan kuku panjang.

Mengapa mereka suka simpan kuku panjang. Saya tidak teragak2 akan terus menegur mereka sahaja. Sebab saya tidak suka orang kuku panjang. Rasulullah suka tidak suka akan kuku panjang.
Kenapa kita harus menyimpan kuku panjang?
Adakah kerana suka-suka? Terikutkan kawan? Mak atau ayah yang suruh?

Semua orang yang pernah menyimpan kuku panjang (yang saya tanya), semua kerana suka2 dan hanya fesyen kononnya.

Hipotesis saya pula, orang yang menyimpan kuku panjang ini selalunya tidak solat....Betul ker? Boleh komen? Kalau saya salah .....

sunnah nabi jarang nak ikut ..
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah.


Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Sebab itu dalam amalan2 menyambut hari kebesaran dalam Islam seperti Hari Arafat, Hari Raya, HAri Jumaat dan sebagainya...mesti antara amalannya adalah memotong kuku.

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Kenapa? Wahai yang berkuku panjang, FIKIR dan ZIKIR....

Ohh ya...untuk orang yang suka membela kuku panjang, mereka juga memiliki hati yang kotor. Anda tahu apa jadi kalau orang hati kotor...

Mereka ini
1. Degil
2. Tak suka dengar pada kebaikan
3. Berkawan dengan syaitan

dan sebagainya.

Dulu, anak buah saya juga suka bela kuku panjang. BAnyak kali dan berbuih sudah menyuruh , menasihati dan bermacam lagi yang saya lakukan semata-mata untuk dia berkuku pendek...

Akhirnya, saya hanya berdoa untuk dia sahaja.

Pada suatu hari di kampung ibunya di Kelantan, saya berjumpa dengan dia. Apabila saya tengok kuku dia...amat terkejut...HAa...dah pendek...hihihi...saya tersenyum. Kenapa kuku pendek pula ni? Tanya saya kepada dia...dia pun bercerita malam tadi, dai bermimpi ada seorang atuk tua berpakaian serba putih dan berserban datang kepadanya. Atok itu hanya tunjuk pada kuku dia yang sangat panjang sambil muka kegarangan.

Bangun pagi terus dia cari ketip kuku dan potong kukunya....

Agak2, anda semua ini, sampai ada mimpi yang menakutkan baru nak POTONG KUKU....

Salam Ingatan,



ps: INGATKAN NAK LETAK GAMBAR KUKU PANJANG...RASA GELI PULA (INI MENUNJUKKAN SAYA TAK SUKA BENAR DENGAN KUKU PANJANG)